Bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum...
Ramai anak muda sekarang ini sudah berpasangan atau
bahasa gramatisnya couple...tapi
terdapat couple cara baru iaitu
Couple Islamic...tapi didalam Islam
dibolehkan atau tidak couple ini...
selepas kalian baca entry ini..
kalian fikirlah masak semasaknya...dah masak
share-share lah dengan jiran..heeee
Ini kisah tentang COUPLE ISLAMIC & entry ni ditujukan khas buat mereka yang mempertahankan COUPLE ISLAMIC mereka sebelum nikah. Jom ikuti kisah ni... Kisahnya mengenai 3 orang iaitu Aiman, Ain & Asyraf. Aiman & Ain sama² belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Aiman jatuh hati pada keayuan Ain. * Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri² dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Aiman cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Ain sebab nanti takut kena tangkap dengan AJK pencegah maksiat sekolah (BADAR - Badan Dakwah & Rohani). Beberapa tahun berlalu... Akhirnya, apabila Aiman berada di Tingkatan 4, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah & akhirnya, Ain tewas pada pujuk rayunya. Walau bagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber'couple'. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC"!!! Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap² ni. Bukan itu sahaja, Ain kena pakai tudung labuh. Aiman pula pakai serban & jubah. Lepas itu, mereka keluar bukan membuang masa tapi keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, tiada pegang² tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi². Suruh qiamullail. Hah!!! Kan Islamic punya couple tu. Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Aiman ditakdirkan bertemu dengan Asyraf. Ketika itu Aiman & Ain sedang bertadarrus di RFC (Radix Fried Chicken). Asyraf tiba² datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Asyraf bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Ain. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Asyraf. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Aiman. Asyraf hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Asyraf pun memulakan ceritanya. "Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat² pengharaman contohnya ARAK. Tapi aku…TIADA. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecil aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap² hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Beginilah kehidupan aku & babi tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun, masa yang ditunggu² tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok² babi ni tiada leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi. Lepas tu, aku pun masaklah bakut teh. Tengah² makan, nampak seorang ustaz tengah jalan². Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! Jom makan. BABI ISLAM ni.” Bila terdengar kisah itu, Aiman & Ain pun sedar. Kalau benda itu HARAM, ia tetap HARAM. Yang HALAL itu jelas & yang HARAM itu jelas. Tamat.... Best tak kisah ni? Mungkin agak kasar tapi sesuai nak bagi peringatan kepada mereka sedang kemaruk COUPLE ISLAMIC yg tegar dgn hujah² yg menghalalkan cara. Moga kita (saya & pembaca) tidak tergolong... P/s: Yang HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba pelbagai cara sekalipun untuk mengHALALkannya. Peringatan untuk diri sendiri terutamanya. ---> Boleh je couple tapi lepas nikahlah so jadilah couple Islamic juga..:)
InsyaAllah...perasaan cinta sesama manusia merupakan
satu anugerah kepada kita...tanpanya tiadalah kita didunia ini...
tanpanya juga kisah cinta Adam dan Hawa tiada...
tanpanya juga kita hanya Makhluk yang tidak berperikemanusiaan...
Maha Suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu, aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Engkau aku mohon ampun dan bertaubat kepadaMu...
assalamualaikum...
Burn Spirit
"IMAM SYAFIE BERKATA: AKU MAMPU BERHUJAH DENGAN 10 ORANG YANG BERILMU, TETAPI AKU AKAN KALAH DAN TEWAS KEPADA SEORANG YANG JAHIL KERANA MEREKA TIDAK MENGETAHUI AKAN LANDASAN-LANDASAN ILMU"
Selasa, 27 Disember 2011
Sabtu, 17 Disember 2011
Isteri Cerdik Yang Solehah
Bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum...
Sebenarnya itu tajuk untuk nasyid yang bertajuk
Isteri Cerdik Yang Solehah...
Bila mendengar mendayu rasa di hati...
Tapi takkan mendayu sahaja kot...
Kalau nak tahu memiliki isteri solehah adalah
salah satu impian abang Azery...
Bila abang terbaca kata-kata Al-Khawarizmi
di FB,abang rasa lain...
~Al Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik. Dia menjawab :
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali "0".
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
Pada pendapat abang,kata-kata Al-Khawarizmi ada
benarnya...Walaupun Al-Khawarizmi genius dalam
matematik tetapi Al-Khawarizmi tidak melupakan agama...
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
Nabi Muhammad S.A.W juga menasihati kita agar berkahwin wanita yang beragama walaupun wanita itu tiada hidung...
Andai wanita itu cantik sekalipun tetapi akan menjadi kosong jua jika tiada agama
bak kata Al-khawarizmi...
Nampaknya cuti 4 hari 3 malam tanpa FB dan Blogger
Amin
Tapi kalau dapat pakej 4 dalam 1 pun bagus juga..hehe..

Langgan:
Catatan (Atom)