Burn Spirit

"IMAM SYAFIE BERKATA: AKU MAMPU BERHUJAH DENGAN 10 ORANG YANG BERILMU, TETAPI AKU AKAN KALAH DAN TEWAS KEPADA SEORANG YANG JAHIL KERANA MEREKA TIDAK MENGETAHUI AKAN LANDASAN-LANDASAN ILMU"

Khamis, 14 Mac 2013

Bab 4

          Pagi itu,kelas 5 Saujana riuh dengan lawak jenaka Ustaz Mizan namun diselit dengan nasihat berguna.Ustaz Mizan sentiasa cuba menarik perhatian pelajar dalam pembelajarannya supaya pelajar tidak merasa bosan dan tidak hilang fokus dalam kelasnya.

"Iman dan sifat hasad tidak akan bersatu.Umpama air dan minyak,kalau dicampurkan atau digoncangkan di dalam botol sebanyak mana sekalipun tidak akan bercampur.Maka hati-hatilah dengan sifat Hasad .Hasad ni bahasa Arab,maknanya dengki.Tapi orang melayu sebut hasad dengki,maknanya dengki dengki.Itu menunjukkan yang hasad ni satu perkara penting."

"Dengar tu Asyraf,aku tengok kau macam dengki aje dengan Sara tu." Ikram berkata sinis kepada Ikram yang duduk di sebelahnya.

"Ya,ya.Lepas ni aku tak dengki lagi dah kat Sara." Asyraf jawab acuh tak acuh sambil mencatat nota di bukunya.Pencil ungu miliknya tidak pernah berhenti bergerak kerana rajinnya Asyraf mencatat ilmu-ilmu baru.Dalam diam Asyraf memerhati Sara yang sedang kusyuk mendengar ceramah dari Ustaz Mizan.Dia melihat dengan menggunakan ekor matanya supaya Sara tidak perasan yang dia selalu memerhatikannya.

"Aku ni jatuh cinta pada Sara ke ? Orang cakap kalau lelaki pandang perempuan lebih dari lapan saat tu tandanya lelaki tu suka pada perempuan tu ? Argh,kenapa dengan aku ni.Lupakan aje lah" Asyraf bermonolog di dalam hati.

"Kenapa dengan kau ni Asyraf,asyik termenung jer.Ingat orang rumah ke ?" Usikan Ikram itu mematikan lamunan Asyraf.

"Ish,mana ada.Pandai aje kau fitnah.Dosa menfitnah tu lebih besar dari membunuh tau.Lebih baik kau bunuh aku dari fitnah aku.Kurang sedikit dosanya."

"Bagilah pisau,bagi yang tajam-tajam tau."

"Aku main-mainlah,kau anggap betul pulak."

"Ikram,Asyraf.Apa yang kamu sembangkan tu.Kamu mengata ustaz ya.Sesungguhnya mengata keburukan sesama muslim itu umpama memakan daging saudaranya sendiri." Ustaz Mizan menegur dua orang sahabat itu yang leka bersembang dalam kelasnya.

"Mana ada ustaz,Ikram tak faham apa yang ustaz terangkan tadi.Jadi saya tolong terangkan dia ustaz." Asyraff memberi alasan.

"Kalau kamu nak terangkan Ikram,kamu suluhlah muka dia dengan lampu,teranglah dia nanti." Ustaz Mizan berseloroh.

"Lembu punya susu,sapi dapat nama." Ikram berbisik kepada Asyraf.

"Apa kaitannya,pandai-pandai aje lah kau ni." Asyraf membalas.

          Penyakit termenung Asyraf semakin menjadi-jadi.Masalahnya bukan sahaja berlaku di sekolah malah di rumah juga sehinggakan Mak Yati berasa risau akan keadaan anak sulungnya itu.Kadang-kadang sedang Asyraf memotong sayur pun dia akan termenung sehinggakan di mana-mana pun dia berada pasti dia akan termenung.

"Argh,kalau asyik termenung aje macamana aku nak hidup."

Asyraf sedar dengan keadaannya yang sentiasa termenung itu.Kali ini dia nekad,dia akan melakukan apa yang sepatutnya dia lakukan.Dia menghidupkan komputernya untuk memasuki laman sosial facebook itu supaya rancangannya akan berjalan.

Bab 3

          Jam menunjukkan sudah pukul 5.30 pagi.Waktu ini kebanyakan insan masih tidur nyenyak sambil diulit mimpi yang indah.Namun berbeza pulak dengan keluarga Asyraf,mereka sudah bersiap-siap untuk menempuh hari yang baru.Ayah Asyraf pula sudah berada di masjid unntuk menunaikan solat subuh berjamaah manakala Mak Yati pula menyiapkan sarapan untuk keluarga di dapur supaya tanggungjawabnya sebagai surirumah tidak diabaikan.Asyraf dan adiknya Hakeem bersiap-siap dengan pakaian sekolah sebelum bertolak ke masjid untuk solat subuh berjamaah.

Usai solat subuh,Imam Masjid Al-Amin menyampaikan tazkirah pendek sebagai satu muhasabah dan peringatan buat diri dan orang lain.

"Tidak kira walau apa pun kerja kita,tak kira walau siapa pun kita,tak kira walau sibuk atau senang sekalipun kita janganlah kita tinggalkan solat subuh berjamaah.Kerana ganjaran yang Allah berikan kepada mereka sangat besar dan Allah akan menjaga hamba-Nya yang sentiasa solat subuh berjamaah."

Asyraf mendengar tazkirah ini dengan kusyuk kerana ayahnyalah yang menjadi imam di masjid Al-Amin.Selepas itu,semua jemaah masjid akan bersalaman antara satu sama lain supaya ikatan persaudaraan sesama Islam akan menjadi lebih erat.Setelah itu Asyraf pun menghidupkan motornya untuk pulang ke rumah dan dibonceng oleh adiknya Hakeem.


          Sara mengayuh basikalnya di sekolah walaupun jarak antara sekolah dan rumahnya agak jauh tetapi dia tidak mempunyai kenderaan lain selain basikal miliknya sahaja.Jika diikutkan hatinya mahu sahaja dia menaiki motosikal supaya dia dapat sampai ke sekolah dengan lebih cepat dan tidak memenatkan.Namun tanpa di duga-duga,dia mempunyai teman untuk berbasikal pagi itu.

"Hai !"

"Eh,Asyraf.Tak naik motor ke ? "

"Boring la,hari ni aku terasa nak naik basikal pulak." Tapi sebenarnya dia sengaja mahu menemani Sara berbasikal.

"Oh ye ke,Asyraf.Aku nak minta maaf ya."

"Pasal hari tu ke,tak mengapalah.Aku tak kisah pun.Salah aku juga sebab aku yang mula dulu."

"Baguslah,jadi kita mulakan semula persahabatan kita ni ya.Hai,nama aku Sara."

"Hai juga,nama aku Asyraf.Selamat berkenalan.haha.Lawaklah." Tiba-tiba Asyraf mmemandang Sara dengan pandangan yang tajam.

"Eh,kenapa ? Ada apa-apa ke kat muka aku."

"Tak ada apa-apalah.Terfikir sesuatu tadi."

"Tengah berbasikal pun sempat termenung lagi.Pelik betul.Patutlah langgar aku hari tu"

"Okaylah,dah nak sampai ni.Makin banyak pulak yang kau bebelkan pagi-pagi macam ni."

"Biarlah,siapa suruh kau cakap dengan aku.Kan dah kena leter." Sara malu-malu sebab membebel pada Asyraf tanpa dia sedar.Tapi bagi dirinya bercakap itu sudah menjadi satu hiburan buat dirinya dan dia memang tahu lelaki memang tidak suka dibebel.


Semasa Shahira dan Sara berjalan untuk menuju ke bilik koperasi,mereka telah ditegur oleh sekumpulan pelajar lelaki yang nakal.Mereka memang suka mengganggu pelajar lain terutamanya pelajar perempuan tambah-tambah jika pelajar itu pelajar baru.Salah seorang dari mereka iaitu Awie mula mengganggu mereka.

"Hai adik manis,boleh berkenalan tak?"

"Kami Tak nak !" Shahira membalas.

"Siapa yang nak berkenalan dengan kau,buang masa aje.Kami nak berkenalan dengan kawan kau lah."

"Aku pun tak nak,gaya macam gengster.Buat aku takut tahu tak." Sara pula yang membalas.

"Amboi,garang.Tak takut pun."

"Tak tanya pun.Siapa kisah kau takut ke tak." Sara sengaja membuatnya marah.

"Aku rasa korang jangan kacau budak perempuan lagilah.Nanti aku bagitahu Ustaz Mizan." Asyraf muncul dari belakang dan memberi amaran kepada Awie dan kawan-kawannya.Mereka tidak berani berhadapan dengan Asyraf kerana Asyraf terkenal dengan sifat keras hatinya itu.Sesiapa sahaja akan menjadi mangsanya jika melawannya.

Asyraf pun berlalu walaupun dipanggil oleh Sara.

"Asyraf,maaf menyusahkan.Terima kasih ya." Sara merasa terhutang budi dengan Asyraf.Sara hanya melihat Asyraf semakin menghilang dari pandangannya.Entah dia dengar atau tidak ucapan penghargaannya itu.