Burn Spirit

"IMAM SYAFIE BERKATA: AKU MAMPU BERHUJAH DENGAN 10 ORANG YANG BERILMU, TETAPI AKU AKAN KALAH DAN TEWAS KEPADA SEORANG YANG JAHIL KERANA MEREKA TIDAK MENGETAHUI AKAN LANDASAN-LANDASAN ILMU"

Isnin, 11 Mac 2013

Bab 1


          Pagi itu Asyraf memecut laju motosikal yang ditunggangnya kerana dia sudah terlewat untuk ke sekolah.Ini semua terjadi gara-gara dia melepak bersama dengan rakan-rakan di Dataran Menara Condong yang menjadi tumpuan penduduk setempat untuk berseronok.Asyraf merenung jam ditangannya .

"Argh,kalau la aku tak pergi semalam." Asyraf mengeluh di hatinya.Dia meluahkan rasa kesal dan motosikal yang dipandunya bertambah laju.Tiba-tiba...
          Pretttt!!!
          Tayar motosikal Asyraf mencengkam jalan sebaik sahaja Asyraf menekan brek.Seorang pelajar perempuan terjatuh dari basikal yang ditunggangnya kerana terkejut dengan kejadian tadi.

"Oi,orang dah lewat ni.Tak nampak ke orang nak lalu?" Marah Asyraf.Namun leteran Asyraf itu langsung tidak dihiraukan oleh gadis itu dan dia berlalu dari situ dengan perasaan tidak puas hati.

"Dia yang nak langgar aku dulu pastu salahkan aku pulak." Omel Sara sendirian sambil mengesat-ngesat bajunya yang dikotori dengan habuk dan pasir disebabkan dia jatuh tadi.


          Di dalam kelas 5 Saujana,Asyraf menceritakan peristiwa yang dialaminya pagi tadi kepada Ikram iaitu rakan karibnya sejak kecil merangkap jiran sekampungnya.Ikram ketawa mendengar cerita Asyraf kerana Ikram sudah kenal sangat dengan perangai rakan baiknya itu yang anti terhadap perempuan.

"Selamat pagi cikgu!" Laung Haziq,ketua kelas 5 Saujana.Pagi itu cikgu Fatimah tidak bersendirian.Ada seorang gadis kecil bersamanya.

"Kenalkan,rakan kamu yang baru di kelas 5 Saujana." Cikgu Fatimah memberitahu kepada semua pelajar.

"Wei,itu la budak yang buat fasal dengan aku pagi tadi." Bisik Asyraf kepada rakan baiknya.

"Haha,boleh tahan juga pilihan kau ni." Usik Ikram.

"Pandai kau buat lawak.Aku sebagai kawan,aku gelakkan untuk kau.Haha." Kata Asyraf.

"Assalamualaikum,nama saya Nur Maisarah.Panggil saya Sara." Sara memperkenalkan diri.Sara melemparkan sekuntum senyuman kepada semua pelajar kelas 5 Saujana sebagai tanda persahabatan.

"Sara,di hadapan Asyraf itu ada tempat yang kosong.Jadi cikgu tempatkan awak di situ ya!" Suruh cikgu Fatimah.Sara menuruti cikgu Fatimah walaupun dia tahu di belakangnya itu adalah orang yang hampir melanggarnya pagi tadi.

"Tadi kau lari ya masa aku berleter pada kau pagi tadi.Sekarang aku nak sambung leteran aku pagi tadi." Asyraf berkata di belakang Sara sambil kakinya menendang lembut kerusi yang Sara duduk.

"Biarlah,aku tak faham bahasa apa yang kau cakap ni." Balas Sara acuh tak acuh.

"Sudah-sudah la tu,nanti aku kahwinkan korang baru padan muka." Ikram cuba meleraikan pergaduhan mereka berdua.

"Tak ingin aku kahwin dengan budak pendek macam dia ni." Kata Asyraf dengan nada perli.

"Tiada siapa yang mahu pada kau la tinggi." Balas Sara.

Asyraf tersentap dengan kata-kata pedas dari Sara sambil mengepal-ngepal penumbuknya.Jika diikutkan hatinya,mahu sahaja Asyraf melepaskan buah silat yang baru dipelajarinya minggu lepas.

"Sabar Asyraf,sabar." Pujuk Ikram.


"Wei,Asyraf.Senyum la sikit.Dah macam kerang busuk aku tengok muka kau hari ni." Ikram berseloroh.

"Aku panas betul dengan Sara dalam kelas Biologi tadi.Berlagak pandai pula di hadapan cikgu Izyan." Kata Asyraf.

"Sekarang kau sudah ada pencabar dalam subjek biologi.Lawan cara baik sudah la." Balas Ikram.Tiba-tiba mereka terlihat sebuah basikal di situ.

"Itu kan basikal budak pendek tu,tahu la aku nak kerjakan dia kali ni." Asyraf tersengih lalu memancitkan basikal Sara tanpa belas kasihan.

"Kau ni biar betul,macamana kalau dia tahu nanti." Ikram terkejut dengan tindakan Asyraf.

"Biarkan,tahu la aku nak meleter dia." Asyraf membalas dengan wajah yang menyeramkan.Ikram menggeleng kepala sebagai tanda mengalah dengan sikap rakannya itu.Mereka berlalu dari situ dan menuju ke bilik guru kerana ada urusan dengan cikgu Hafiz iaitu cikgu rumah hijau.


Hari itu Sara mendapat seorang sahabat baru iaitu Shahira.Shahira menjadi rujukan Sara di sekolah memandangkan Sara masih baru lagi di sekolah itu.

"Kau gaduh dengan Asyraf ek!"

"Entah,malas aku nak fikir tentang budak tu!"

"Kira ok la tu dapat bercakap dengan Mr A tu,"

"Shahira,siapa yang pancitkan basikal aku ni!" Sara membelek-belek basikalnya jika ada mana-mana bahagian lain yang telah disabotaj oleh orang yang tak bertanggungjawab itu.

"Rasanya aku tahu siapa yang pancitkan basikal aku,"

"Kau nak kata Asyraf ke yang buat,"

"Siapa lagi kalau bukan budak tu,siaplah dia nanti," Sara merencana satu rancangan difikirannya.