Burn Spirit

"IMAM SYAFIE BERKATA: AKU MAMPU BERHUJAH DENGAN 10 ORANG YANG BERILMU, TETAPI AKU AKAN KALAH DAN TEWAS KEPADA SEORANG YANG JAHIL KERANA MEREKA TIDAK MENGETAHUI AKAN LANDASAN-LANDASAN ILMU"

Sabtu, 22 Disember 2012

Siapa Sembahyang Subuh Maka Ia Di Dalam Peliharaan Allah

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum,sudah lama juga ana menyepikan diri . Oleh itu ana ingin menebus balik dengan membincangkan tentang orang yang bersembahyang subuh secara berjamaah .

Daripada Abi Hurairah,daripada Nabi Muhammad S.A.W " Siapa sembahyang subuh,maka ia dalam peliharaan Allah,maka jangan menurut kamu oleh Allah dengan sesuatu daripada zimmahnya." (Hasan Gharib)

Ketahuilah kiranya ya saudaraku ! Seorang yang taat akan Allah itu maka ia hambaNya yang dikasihNya,dan yang lebih hampir kepadaNya,lebih daripada hamba yang tiada taat dan ia hamba yang berada dibawah naunganNya,tiada siapa buat angkara kepadaNya melainkan dapat salah besar jua . Mengapa diusik orang yang dalam peliharaan Tuhan dan dibawah naunganNya . Maka mewajibkan azab Allah atas orang yang membuat perkara itu .

Bermula dalil yang menunjukkan atas tegah buat angkara ke atas orang yang baik itu ialah sebagai hadith yang dikeluarkan oleh Abu Isa At-Tirmidzi,dengan katanya:
Diriwayatkan daripada seorang sahabat bagi Nabi Muhammad S.A.W yang banyak ingat hadith Rasulullah,namanya Abi Hurairah R.A. katanya:Nabi Muhammad S.A.W,telah bersabda ia " Barangsiapa sembahyang fardu subuh dengan berjamaah,maka ia orang yang didalam peliharaan Allah . Maka apakala engkau ketahui yang demikian itu,maka jangan sekalian kamu diturut oleh Allah Ta'ala dengan sesuatu daripada zimmahnya itu,kerana barang yang di dalam peliharaan Allah itu lebih merbahaya memperbuat angkara atasnya itu."

Kata Abu Isa At-Tirmidzi:Dan pada bab ini ada riwayat daripada Jundub bin Janadah dan Abdullah bin Umar . Dan bermula ini hadith hasan lagi gharib .

Untuk menambahkan lebih kefahaman lagi . Sesiapa yang sembahyang subuh berjamaah maka ia di dalam peliharaan Allah . Sesiapa yang mengganggu atau berbuat jahat kepada orang itu maka wajiblah azab Allah ditimpa keatasnya .

Contohnya,Muhammad bersembahyang subuh berjamaah di masjid . Tiba-tiba pada hari itu Muhammad telah diganggu/dijahati oleh Salim dengan menahan kaki Muhammad sehingga terjatuh dan Muhammad terluka kerananya maka wajiblah azab Allah itu dikenakan keatas Salim . Sesungguhnya azab Allah itu lebih dahsyat daripada perbuatan jahat kita . Jadi berhati-hatilah dengan orang yang berada dalam peliharaan Allah . Jangan biarkan diri kita ditimpa oleh azab Allah .

Maha Suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu, aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Engkau aku mohon ampun dan bertaubat kepadaMu...

Assalamualaikum...