Burn Spirit

"IMAM SYAFIE BERKATA: AKU MAMPU BERHUJAH DENGAN 10 ORANG YANG BERILMU, TETAPI AKU AKAN KALAH DAN TEWAS KEPADA SEORANG YANG JAHIL KERANA MEREKA TIDAK MENGETAHUI AKAN LANDASAN-LANDASAN ILMU"

Sabtu, 17 Disember 2011

Isteri Cerdik Yang Solehah

Bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum...
Sebenarnya itu tajuk untuk nasyid yang bertajuk
Isteri Cerdik Yang Solehah...
Bila mendengar mendayu rasa di hati...
Tapi takkan mendayu sahaja kot...
Kalau nak tahu memiliki isteri solehah adalah
salah satu impian abang Azery...
Bila abang terbaca kata-kata Al-Khawarizmi
di FB,abang rasa lain...

~Al Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik. Dia menjawab :

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali "0".
‎"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

Pada pendapat abang,kata-kata Al-Khawarizmi ada
benarnya...Walaupun Al-Khawarizmi genius dalam
matematik tetapi Al-Khawarizmi tidak melupakan agama...

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”

Nabi Muhammad S.A.W juga menasihati kita agar berkahwin wanita yang beragama walaupun wanita itu tiada hidung...
Andai wanita itu cantik sekalipun tetapi akan menjadi kosong jua jika tiada agama
bak kata Al-khawarizmi...

Nampaknya cuti 4 hari 3 malam tanpa FB dan Blogger

Amin

Tapi kalau dapat pakej 4 dalam 1 pun bagus juga..hehe..

Maha Suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu, aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Engkau aku mohon ampun dan bertaubat kepadaMu...

assalamualaikum...