Burn Spirit

"IMAM SYAFIE BERKATA: AKU MAMPU BERHUJAH DENGAN 10 ORANG YANG BERILMU, TETAPI AKU AKAN KALAH DAN TEWAS KEPADA SEORANG YANG JAHIL KERANA MEREKA TIDAK MENGETAHUI AKAN LANDASAN-LANDASAN ILMU"

Ahad, 4 Disember 2011

Kuasa Kata-Kata

Bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum...
pagi-pagi lagi ana dah menulis ya..entah mengapa
ana rasa sukar untuk tidur tapi x ada apa-apa
pun yang mengganggu difikiran...orang cakap
membaca boleh membuatkan orang mengantuk tapi
ana dah cuba tapi x luak pun...sekarang ana nk
kongsi apa yang ana telah baca dari buku-buku
yang banyak ana baca semata-mata untuk tidur...


Suatu hari as-Syibli sedang mengucap 'Allah' di hadapan orang
yang mendengar syarahan beliau.Seorang Darwis berdiri dan terus
berkata:"Ucaplah kalimah syahadah."
As-Syibli berkata:'Bagaimana kiranya saya mati sebelum saya menyebut
Allah dan hanya sempat menyebut La illa ha(tiada Tuhan)?'
Perkataan As-Syibli itu sungguh mempengaruhi dan mempesonakan
Darwis itu.Rasa takut kepada Allah menyelubungi hatinya
dan dia meninggal dunia di situ juga.

Saudara-mara Darwis mengadu kepada khalifah mengatakan As-Syibli
telah membunuh Darwis itu.As-Syibli pun dipanggil menghadap khalifah.
Beliau disuruh menjawab tuduhan ke atasnya.

As-Syibli berkata:'Nyawa Darwis itu dalam api dan dia dipanggang dalam
kerinduan hendak bertemu Allah.Dia telah menceraikan diri dengan alam
dan tidak berhajat kepada dunia lagi.

'Dia tiada tempat perlindungan dan pergantungan alam ini.
Dia bergantung kepada Allah semata-mata.Oleh kerana kuatmya
keinginan hendak bersama Allah,menyebabkan dirinya lemah
dan tidak berdaya.Darwis itu tidak tahan mendengar perkataan saya
dan sepintas pandangan dia telah melihat Allah dan itu tidak tertahan
olehnya.Badannya tidak tertanggung lagi lalu dia meninggal dunia
dan kembali ke rahmatullah.'

Khalifah memerintahkan supaya As-Syibli pergi kerana perkataannya
sangat berpengaruh dan mempesonakan.Khalifah khuatir jika As-Syibli
terus juga bercakap,mungkin baginda sendiri akan jatuh pengsan.

*As-Syibli dilahirkan di Baghdad,Iraq dan meninggal dunia dalam
usia 87 tahun pada 846 Masihi.Beliau antara aulia dan ahli
tasawwuf terkenal serta bersahabat baik dengan Al-Junaid
yang mempunyai karamah yang luar biasa.
*Darwis adalah satu aliran kesufian

sekarang baru nampak kesan..mengantuk sudah menjenguk..
masa untuk mengundur diri...

Maha Suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu, aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Engkau aku mohon ampun dan bertaubat kepadaMu...

assalamualaikum...