Burn Spirit

"IMAM SYAFIE BERKATA: AKU MAMPU BERHUJAH DENGAN 10 ORANG YANG BERILMU, TETAPI AKU AKAN KALAH DAN TEWAS KEPADA SEORANG YANG JAHIL KERANA MEREKA TIDAK MENGETAHUI AKAN LANDASAN-LANDASAN ILMU"

Jumaat, 24 Mei 2013

Cara mudah untuk buat kerja kursus

Assalamu'alaikum kawan-kawan ,
Kawan-kawan ada kerja kursus yang banyak ke ?
Di sinilah ana akan bantu kawan-kawan .

Pernah tak terfikir macamana nak buatkan ayat dari picture tu ditukarkan kepada microsoft word .
Bagi yang pakar dalam bidang komputer mesti sudah tahu caranya .
Untuk yang noob macam ana ni hanya mampu taip semula ayat-ayat itu . Sadlife ..

Ok begini caranya .
Kita mulakan dari sekecil-kecil langkah sehinggalah sebesar-besar langkah .

Langkah pertama yang mesti dilakukan ialah scan ayat yang anda mahukan , printscreen , google picture dan sebagainya .

Sebagai contoh ana ambil pic dari google ye .

Ana printscreen ayat ini .



Ana akan tukarkan ayat yang ana printscreen dalam microsoft word .

Kawan-kawan perlukan Microsoft OneNote 2010 untuk menjayakan misi ini .



Kemudian , kawan-kawan klik "Insert" diteruskan dengan klik "Picture" seperti dalam gambar ini .



Pilih mana-mana sumber yang kawan-kawan mahukan . Selepas itu right click jer sumber tu macam dalam gambar kat bawah ni .



Selepas itu , kawan-kawan klik lah "Copy Text from Picture"

Kemudian "Paste" kan dalam Microsoft Word .




Siap sudahhh . Kadang-kadang ada kesalahan ejaan .

Seeloknya di scan dulu oleh mata kawan-kawan sebelum nak hantar kerja kursus tu .

Semoga ilmu ana yang sedikit ini dapat menjadi pemangkin untuk membantu kawan-kawan berjaya dalam pelajaran .

Ana terlupa satu part yang agak penting . Sebelum paste pic tu dalam OneNote , kawan-kawan mestilah edit/crop ayat dalam pic tu kemudian save sebagai jpeg etc .

Sekian .


Khamis, 14 Mac 2013

Bab 4

          Pagi itu,kelas 5 Saujana riuh dengan lawak jenaka Ustaz Mizan namun diselit dengan nasihat berguna.Ustaz Mizan sentiasa cuba menarik perhatian pelajar dalam pembelajarannya supaya pelajar tidak merasa bosan dan tidak hilang fokus dalam kelasnya.

"Iman dan sifat hasad tidak akan bersatu.Umpama air dan minyak,kalau dicampurkan atau digoncangkan di dalam botol sebanyak mana sekalipun tidak akan bercampur.Maka hati-hatilah dengan sifat Hasad .Hasad ni bahasa Arab,maknanya dengki.Tapi orang melayu sebut hasad dengki,maknanya dengki dengki.Itu menunjukkan yang hasad ni satu perkara penting."

"Dengar tu Asyraf,aku tengok kau macam dengki aje dengan Sara tu." Ikram berkata sinis kepada Ikram yang duduk di sebelahnya.

"Ya,ya.Lepas ni aku tak dengki lagi dah kat Sara." Asyraf jawab acuh tak acuh sambil mencatat nota di bukunya.Pencil ungu miliknya tidak pernah berhenti bergerak kerana rajinnya Asyraf mencatat ilmu-ilmu baru.Dalam diam Asyraf memerhati Sara yang sedang kusyuk mendengar ceramah dari Ustaz Mizan.Dia melihat dengan menggunakan ekor matanya supaya Sara tidak perasan yang dia selalu memerhatikannya.

"Aku ni jatuh cinta pada Sara ke ? Orang cakap kalau lelaki pandang perempuan lebih dari lapan saat tu tandanya lelaki tu suka pada perempuan tu ? Argh,kenapa dengan aku ni.Lupakan aje lah" Asyraf bermonolog di dalam hati.

"Kenapa dengan kau ni Asyraf,asyik termenung jer.Ingat orang rumah ke ?" Usikan Ikram itu mematikan lamunan Asyraf.

"Ish,mana ada.Pandai aje kau fitnah.Dosa menfitnah tu lebih besar dari membunuh tau.Lebih baik kau bunuh aku dari fitnah aku.Kurang sedikit dosanya."

"Bagilah pisau,bagi yang tajam-tajam tau."

"Aku main-mainlah,kau anggap betul pulak."

"Ikram,Asyraf.Apa yang kamu sembangkan tu.Kamu mengata ustaz ya.Sesungguhnya mengata keburukan sesama muslim itu umpama memakan daging saudaranya sendiri." Ustaz Mizan menegur dua orang sahabat itu yang leka bersembang dalam kelasnya.

"Mana ada ustaz,Ikram tak faham apa yang ustaz terangkan tadi.Jadi saya tolong terangkan dia ustaz." Asyraff memberi alasan.

"Kalau kamu nak terangkan Ikram,kamu suluhlah muka dia dengan lampu,teranglah dia nanti." Ustaz Mizan berseloroh.

"Lembu punya susu,sapi dapat nama." Ikram berbisik kepada Asyraf.

"Apa kaitannya,pandai-pandai aje lah kau ni." Asyraf membalas.

          Penyakit termenung Asyraf semakin menjadi-jadi.Masalahnya bukan sahaja berlaku di sekolah malah di rumah juga sehinggakan Mak Yati berasa risau akan keadaan anak sulungnya itu.Kadang-kadang sedang Asyraf memotong sayur pun dia akan termenung sehinggakan di mana-mana pun dia berada pasti dia akan termenung.

"Argh,kalau asyik termenung aje macamana aku nak hidup."

Asyraf sedar dengan keadaannya yang sentiasa termenung itu.Kali ini dia nekad,dia akan melakukan apa yang sepatutnya dia lakukan.Dia menghidupkan komputernya untuk memasuki laman sosial facebook itu supaya rancangannya akan berjalan.

Bab 3

          Jam menunjukkan sudah pukul 5.30 pagi.Waktu ini kebanyakan insan masih tidur nyenyak sambil diulit mimpi yang indah.Namun berbeza pulak dengan keluarga Asyraf,mereka sudah bersiap-siap untuk menempuh hari yang baru.Ayah Asyraf pula sudah berada di masjid unntuk menunaikan solat subuh berjamaah manakala Mak Yati pula menyiapkan sarapan untuk keluarga di dapur supaya tanggungjawabnya sebagai surirumah tidak diabaikan.Asyraf dan adiknya Hakeem bersiap-siap dengan pakaian sekolah sebelum bertolak ke masjid untuk solat subuh berjamaah.

Usai solat subuh,Imam Masjid Al-Amin menyampaikan tazkirah pendek sebagai satu muhasabah dan peringatan buat diri dan orang lain.

"Tidak kira walau apa pun kerja kita,tak kira walau siapa pun kita,tak kira walau sibuk atau senang sekalipun kita janganlah kita tinggalkan solat subuh berjamaah.Kerana ganjaran yang Allah berikan kepada mereka sangat besar dan Allah akan menjaga hamba-Nya yang sentiasa solat subuh berjamaah."

Asyraf mendengar tazkirah ini dengan kusyuk kerana ayahnyalah yang menjadi imam di masjid Al-Amin.Selepas itu,semua jemaah masjid akan bersalaman antara satu sama lain supaya ikatan persaudaraan sesama Islam akan menjadi lebih erat.Setelah itu Asyraf pun menghidupkan motornya untuk pulang ke rumah dan dibonceng oleh adiknya Hakeem.


          Sara mengayuh basikalnya di sekolah walaupun jarak antara sekolah dan rumahnya agak jauh tetapi dia tidak mempunyai kenderaan lain selain basikal miliknya sahaja.Jika diikutkan hatinya mahu sahaja dia menaiki motosikal supaya dia dapat sampai ke sekolah dengan lebih cepat dan tidak memenatkan.Namun tanpa di duga-duga,dia mempunyai teman untuk berbasikal pagi itu.

"Hai !"

"Eh,Asyraf.Tak naik motor ke ? "

"Boring la,hari ni aku terasa nak naik basikal pulak." Tapi sebenarnya dia sengaja mahu menemani Sara berbasikal.

"Oh ye ke,Asyraf.Aku nak minta maaf ya."

"Pasal hari tu ke,tak mengapalah.Aku tak kisah pun.Salah aku juga sebab aku yang mula dulu."

"Baguslah,jadi kita mulakan semula persahabatan kita ni ya.Hai,nama aku Sara."

"Hai juga,nama aku Asyraf.Selamat berkenalan.haha.Lawaklah." Tiba-tiba Asyraf mmemandang Sara dengan pandangan yang tajam.

"Eh,kenapa ? Ada apa-apa ke kat muka aku."

"Tak ada apa-apalah.Terfikir sesuatu tadi."

"Tengah berbasikal pun sempat termenung lagi.Pelik betul.Patutlah langgar aku hari tu"

"Okaylah,dah nak sampai ni.Makin banyak pulak yang kau bebelkan pagi-pagi macam ni."

"Biarlah,siapa suruh kau cakap dengan aku.Kan dah kena leter." Sara malu-malu sebab membebel pada Asyraf tanpa dia sedar.Tapi bagi dirinya bercakap itu sudah menjadi satu hiburan buat dirinya dan dia memang tahu lelaki memang tidak suka dibebel.


Semasa Shahira dan Sara berjalan untuk menuju ke bilik koperasi,mereka telah ditegur oleh sekumpulan pelajar lelaki yang nakal.Mereka memang suka mengganggu pelajar lain terutamanya pelajar perempuan tambah-tambah jika pelajar itu pelajar baru.Salah seorang dari mereka iaitu Awie mula mengganggu mereka.

"Hai adik manis,boleh berkenalan tak?"

"Kami Tak nak !" Shahira membalas.

"Siapa yang nak berkenalan dengan kau,buang masa aje.Kami nak berkenalan dengan kawan kau lah."

"Aku pun tak nak,gaya macam gengster.Buat aku takut tahu tak." Sara pula yang membalas.

"Amboi,garang.Tak takut pun."

"Tak tanya pun.Siapa kisah kau takut ke tak." Sara sengaja membuatnya marah.

"Aku rasa korang jangan kacau budak perempuan lagilah.Nanti aku bagitahu Ustaz Mizan." Asyraf muncul dari belakang dan memberi amaran kepada Awie dan kawan-kawannya.Mereka tidak berani berhadapan dengan Asyraf kerana Asyraf terkenal dengan sifat keras hatinya itu.Sesiapa sahaja akan menjadi mangsanya jika melawannya.

Asyraf pun berlalu walaupun dipanggil oleh Sara.

"Asyraf,maaf menyusahkan.Terima kasih ya." Sara merasa terhutang budi dengan Asyraf.Sara hanya melihat Asyraf semakin menghilang dari pandangannya.Entah dia dengar atau tidak ucapan penghargaannya itu.

Selasa, 12 Mac 2013

Bab 2

          Hari itu,Asyraf pulang lewat ke rumah kerana dia terpaksa menukar tiub motosikalnya yang bocor akibat dicucuk benda yang tajam seperti paku tekan atau jarum.Dia melepaskan lelah di bangku selepas seharian melalui hari yang memenatkan.

"Siapalah yang dengki sangat dengan aku ni sehinggakan motor aku jadi mangsa,Tak puas hati tu cari aku sajalah," Asyraf mengomel sendirian sambil matanya melihat motosikalnya.Dia mencari-cari jika ada lagi bahagian motornya yang telah dikerjakan oleh orang itu.

Along!Along!
Kedengaran Mak Yati memanggil anak sulungnya iaitu Asyraf.Mak Yati seorang yang baik dan sentiasa disenangi oleh suaminya iaitu Lukman.Hasil dari perkahwinan mereka itu lahirlah dua orang putera yang baik iaitu Asyraf dan Hakeem.

"Ada apa ummi?"

"Ummi mahu along tolong ummi hantarkan ini kepada jiran baru kita," Mak Yati menghulurkan satu bekas.

"Apa ni ummi?"

"Asam pedas along,lekas la hantar along.Nanti sejuk pulak asam pedas ummi ni,"

"Aye aye captain," Asyraf tabik ala-ala askar Jepun.


Assalamualaikum!Assalamualaikum!
          Kelihatan seorang wanita berusia 40-an keluar dari isi rumah itu.Riak wajahnya seperti berhati-hati mungkin dia menyangka aku ini seorang penjual produk kecantikan yang sentiasa menunggu peluang untuk mengaut keuntungan.

"Maafkan saya mak cik,saya disuruh ummi untuk menghantar ini kepada mak cik sebagai tanda mengeratkan hubungan sesama tetangga," Asyraf mengukir sekuntum senyuman.

"Oo,jadi kamu ni anak Hayati ya.Silakan masuk,"

"Tak apalah mak cik,saya pun ada urusan lain lagi mak cik," Asyraf berdalih kerana dia sebenarnya merasa malu.

"Tak apalah,kebetulan mak cik pun ada juga sesuatu untuk emak kamu.Akak oh akak!Boleh kamu ambilkan bekas yang emak letak didapur tadi untuk diberikan kepada jiran kita!" Hajah Yasmeen menyuruh anaknya.

"Ya mak,akak ambilkan," Sara mengambil bekas itu dan menuju keluar rumah.Namun tanpa disangka-sangka jiran barunya itu adalah keluarga Asyraf.Sara merasa agak ralat apabila melihat Asyraf tersenyum kelat kepadanya.

"Nah,ambik la,"

"Kenapa dengan akak ni,akak kenalah hormat dengan jiran tetangga," Tegur Hajah Yasmeen.

"Betul tu mak cik,saya setuju dengan kata-kata mak cik.Orang perempuan kenalah berlemah-lembut dan penyantun,barulah orang suka.Tak gitu akak" Kata Asyraf sinis.
Sara berlari masuk ke dalam rumah.

"Maafkanlah anak mak cik,selalunya dia baik saja.Oh ya,Mak cik lupa nak tanya nama kamu,"

"Nama saya Asyraf mak cik,baiklah.Saya pergi dulu ya," Asyraf mengorak langkah untuk pulang ke rumah yang berseberang dengan rumah Hajah Yasmeen.



          Usai solat Isyak,Asyraf menggunakan masanya itu untuk menyiapkan kerjarumah yang diberikan oleh guru di sekolah.Setelah itu dia membuka komputernya untuk bersosial di laman 'Facebook'.Kebetulan Sara juga menggunakan laman sosial itu,rupa-rupanya dia sudah pun menjadi kawan kepada Asyraf di laman facebook itu.

Asyraf Sempoi:Oit !!

Sara Omell:tak reti bagi salam ke ?

Asyraf Sempoi:Assalamualaikum !

Sara Omell:Ada apa ?

Asyraf Sempoi:Jawablah salam aku dulu !

Sara Omell:Sudahlah.

Asyraf Sempoi:Mana,tak nampak pun kau tulis ?

Sara Omell:Aku jawab guna mulut lah !!

Asyraff Sempoi:Susah cakap dengan orang gila !!

Log out

          Sara berasa sangat berpuas hati kerana dapat membalas dendamnya petang tadi apabila dimalukan oleh Asyraf dihadapan ibunya.Dia memutarkan lagu Maafkan aku oleh Last Minute kerana dia sangat meminati siri drama Setia Hujung Nyawa.

"Haha,padan muka kau Asyraf.Sekarang ni aku nak baca novel Cinta De Hearty." Sara bermonolog lalu mencapai novel itu yang terletak di atas meja komputernya.Dia membacanya dengan kusyuk kerana membaca novel adalah hobi yang paling digemarinya.Kadang-kadang Sara menangis membaca novel yang dibacanya kerana ia menyentuh hati sanubarinya.

Isnin, 11 Mac 2013

Bab 1


          Pagi itu Asyraf memecut laju motosikal yang ditunggangnya kerana dia sudah terlewat untuk ke sekolah.Ini semua terjadi gara-gara dia melepak bersama dengan rakan-rakan di Dataran Menara Condong yang menjadi tumpuan penduduk setempat untuk berseronok.Asyraf merenung jam ditangannya .

"Argh,kalau la aku tak pergi semalam." Asyraf mengeluh di hatinya.Dia meluahkan rasa kesal dan motosikal yang dipandunya bertambah laju.Tiba-tiba...
          Pretttt!!!
          Tayar motosikal Asyraf mencengkam jalan sebaik sahaja Asyraf menekan brek.Seorang pelajar perempuan terjatuh dari basikal yang ditunggangnya kerana terkejut dengan kejadian tadi.

"Oi,orang dah lewat ni.Tak nampak ke orang nak lalu?" Marah Asyraf.Namun leteran Asyraf itu langsung tidak dihiraukan oleh gadis itu dan dia berlalu dari situ dengan perasaan tidak puas hati.

"Dia yang nak langgar aku dulu pastu salahkan aku pulak." Omel Sara sendirian sambil mengesat-ngesat bajunya yang dikotori dengan habuk dan pasir disebabkan dia jatuh tadi.


          Di dalam kelas 5 Saujana,Asyraf menceritakan peristiwa yang dialaminya pagi tadi kepada Ikram iaitu rakan karibnya sejak kecil merangkap jiran sekampungnya.Ikram ketawa mendengar cerita Asyraf kerana Ikram sudah kenal sangat dengan perangai rakan baiknya itu yang anti terhadap perempuan.

"Selamat pagi cikgu!" Laung Haziq,ketua kelas 5 Saujana.Pagi itu cikgu Fatimah tidak bersendirian.Ada seorang gadis kecil bersamanya.

"Kenalkan,rakan kamu yang baru di kelas 5 Saujana." Cikgu Fatimah memberitahu kepada semua pelajar.

"Wei,itu la budak yang buat fasal dengan aku pagi tadi." Bisik Asyraf kepada rakan baiknya.

"Haha,boleh tahan juga pilihan kau ni." Usik Ikram.

"Pandai kau buat lawak.Aku sebagai kawan,aku gelakkan untuk kau.Haha." Kata Asyraf.

"Assalamualaikum,nama saya Nur Maisarah.Panggil saya Sara." Sara memperkenalkan diri.Sara melemparkan sekuntum senyuman kepada semua pelajar kelas 5 Saujana sebagai tanda persahabatan.

"Sara,di hadapan Asyraf itu ada tempat yang kosong.Jadi cikgu tempatkan awak di situ ya!" Suruh cikgu Fatimah.Sara menuruti cikgu Fatimah walaupun dia tahu di belakangnya itu adalah orang yang hampir melanggarnya pagi tadi.

"Tadi kau lari ya masa aku berleter pada kau pagi tadi.Sekarang aku nak sambung leteran aku pagi tadi." Asyraf berkata di belakang Sara sambil kakinya menendang lembut kerusi yang Sara duduk.

"Biarlah,aku tak faham bahasa apa yang kau cakap ni." Balas Sara acuh tak acuh.

"Sudah-sudah la tu,nanti aku kahwinkan korang baru padan muka." Ikram cuba meleraikan pergaduhan mereka berdua.

"Tak ingin aku kahwin dengan budak pendek macam dia ni." Kata Asyraf dengan nada perli.

"Tiada siapa yang mahu pada kau la tinggi." Balas Sara.

Asyraf tersentap dengan kata-kata pedas dari Sara sambil mengepal-ngepal penumbuknya.Jika diikutkan hatinya,mahu sahaja Asyraf melepaskan buah silat yang baru dipelajarinya minggu lepas.

"Sabar Asyraf,sabar." Pujuk Ikram.


"Wei,Asyraf.Senyum la sikit.Dah macam kerang busuk aku tengok muka kau hari ni." Ikram berseloroh.

"Aku panas betul dengan Sara dalam kelas Biologi tadi.Berlagak pandai pula di hadapan cikgu Izyan." Kata Asyraf.

"Sekarang kau sudah ada pencabar dalam subjek biologi.Lawan cara baik sudah la." Balas Ikram.Tiba-tiba mereka terlihat sebuah basikal di situ.

"Itu kan basikal budak pendek tu,tahu la aku nak kerjakan dia kali ni." Asyraf tersengih lalu memancitkan basikal Sara tanpa belas kasihan.

"Kau ni biar betul,macamana kalau dia tahu nanti." Ikram terkejut dengan tindakan Asyraf.

"Biarkan,tahu la aku nak meleter dia." Asyraf membalas dengan wajah yang menyeramkan.Ikram menggeleng kepala sebagai tanda mengalah dengan sikap rakannya itu.Mereka berlalu dari situ dan menuju ke bilik guru kerana ada urusan dengan cikgu Hafiz iaitu cikgu rumah hijau.


Hari itu Sara mendapat seorang sahabat baru iaitu Shahira.Shahira menjadi rujukan Sara di sekolah memandangkan Sara masih baru lagi di sekolah itu.

"Kau gaduh dengan Asyraf ek!"

"Entah,malas aku nak fikir tentang budak tu!"

"Kira ok la tu dapat bercakap dengan Mr A tu,"

"Shahira,siapa yang pancitkan basikal aku ni!" Sara membelek-belek basikalnya jika ada mana-mana bahagian lain yang telah disabotaj oleh orang yang tak bertanggungjawab itu.

"Rasanya aku tahu siapa yang pancitkan basikal aku,"

"Kau nak kata Asyraf ke yang buat,"

"Siapa lagi kalau bukan budak tu,siaplah dia nanti," Sara merencana satu rancangan difikirannya.

Ahad, 10 Mac 2013

Kisah Cinta Yang Sedih

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum kawan2 ..
Hari ni ana rasa nak kongsi tentang satu kisah ..
Kisah nya agak sedih la jugak sebab melibatkan cinta
Ceritanya agaknya panjang tapi ana rasa ia berbaloi untuk dibaca ..

“abang…tolong dtg umah segera, urgent”.

Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab..
Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut
hidupkan enjin kereta.

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu
itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya
berjiran
dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main
masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi
bapak
kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa

bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak
jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main
permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut,
penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah.
Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu ‘racing bmx’
dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada
meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh ‘Husin and the
gang’ yang mengganggu Ina masa darjah tiga… Waktu darjah 4, bila dia
mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat
kpd Ina “Pen merah pen biru, U baca I love U’ bersama sebijik gula-gula
Hacks sebagai hadiah harijadi Ina…gara-gara surat itulah dia jelingan
tajam Mak Ropiah ibunya Ina
yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku
sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya
dia
terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak
tahu,
kalau tidak naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi
fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali
dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau
kala
itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja.

Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura
sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura
kerja
shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.

Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang
menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan
perumahan Ina dimasuki perompak.. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki

perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah
barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia
berdoa
sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu
baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka
masih
bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak
tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya
akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak
mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti
di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar
rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit “Ina, Ina”. Dia pulas
tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu
bilik Ina.. Dia dengar esakan Ina. Ina
menangis. Hakim makin cemas. Dia
ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh
bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia
masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina
kusut
masai, Ina tekup muka sambil menangis.

“Ina, apa yang terjadi sayang” Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam
sendu. “hu…hu…”

” Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi”

“Hu..hu”

Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar
dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan
keluar dari mulut Ina.

Hakim goncang bahu Ina. “Ina, what hell is going on…tell me!!” Suara
Hakim kuat kali ini.

Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

“Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi.”

$&^%#%t*&&**()()_)(&* :The-Incredible-Hulk:

Maha Suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu, aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Engkau aku mohon ampun dan bertaubat kepadaMu...

Assalamualaikum...

Jumaat, 8 Mac 2013

Pemuda Sayang Masjid

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum,sudah lama jari jemari ini tak digunakan tuk meng'update' sumthing di blog ni ..
Harini ana nak update tentang mesyuarat masjid di tempat ana .. huh,itu pun nak citer ke ?

Pertama,ana nak citer ana ni baru kali pertama datang mesyuarat2 masjid ni ..

Selalunya lebur jer kat warung2 sambil menternak lemak .. hahaha,ok not funny =,="
So ana datang pun lepas direstui sendiri oleh pengerusi masjid ..
Takkan nak lepaskan peluang ni , mana la tahu kot2 ada 'goodies' .. haha .. hilang ikhlasnya

Second,banyak la info2 berguna yang ana dapat antaranya kes2 yang melibatkan anak remaja yang lebih kurang sebaya ngan ana ..
Rasa malu la jugak bila anak2 muda ni mensia2kan waktu mudanya melakukan perkara sebegitu ..
Kalo ana jumpa mau nya budak tu kena jurus penerajang bigfoot .. sape2 yang terkena jurus ni akan mendapat hadiah berupa penginapan 3 hari di hospital Teluk Intan mandatori ..
Jadi,kalau tuan2/puan2 yang nampak anak remaja yang kurus2,putih2 yang mencurigakan sila laporkan pada ana tuk ana praktikkan jurus tu .. hehe

San,diakhir mesyuarat tu ana dan kawan ana menjadi wakil tuk jemaah2 muda tuk berikan pendapat dan pandangan ..
Ana dengan bangga nya berucap selama 1 minit .. Gaya macam cakap 1 jam jer
"Assalamualaikum,pertamanya saya setuju dengan minit2 mesyuarat tadi terutamanya tentang kes kecurian tu..Saya nak laporkan dalam 2 hari lepas,helmet kawan saya telah dicuri oleh orang tak bertanggungjawab dikawasan masjid ini .. oleh itu saya mencadangkan kita letak cctv untuk mencegah nya."

Takbir .. "AllahuAkbar"

Kesimpulannya,kita sebagai anak muda ni kena la selalu pergi ke masjid .. Paling kurang pun sekali la ..
Banyak kelebihannya tambah2 anak muda macam kita ni .. Allah janjikan naungan Arasy-Nya kepada pemuda yang hatinya terikat dengan masjid .. Takkan nak tunggu bertongkat baru rajin ..
Sama la macam ceramah menguruskan jenazah,anak muda kena la datang ramai2 baru best .. Ini idak,bakal2 jenazah jer ramai .. Kalo ana membebel pun bukan nya anta2/auntie2 nak dengar ..
Tapi kalo istri ana,hari2 la ana ceramah ..

Maha Suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu, aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Engkau aku mohon ampun dan bertaubat kepadaMu...

Assalamualaikum...

Jumaat, 1 Februari 2013

Keluarga Ku

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum,semua orang ada keluarga ..
Ana juga ada keluarga ..

Ini lah keluarga ana ..




Ini abah ana,lahir dari rahim seorang ibu berketurunan cina ..










Ini pulak mama ana,lahir dari rahim perempuan paling cantik di kampung di Kangar,Perlis

Hasilnya
Ini ana,uek uek di Sg Petani pada 18 tahun dahulu .. Abang yang sulung ..

Yang perasan cantik ni pulak adik ke-2 ana .. Perasan kan ... >..<

Ini pulak adik yang ke-3 .. Budak form 1 tahun ni .. Kesian,skola lagi rupanya

Yang comel macam abang long ni pulak adik yang ke-4 ..


Ini la satu family favourite ..


Eh eh,ni pun family gak ke .. =..= .. Bg kan jer la .. Nnti ada yang nangis pulak XD

Last sekali cuba teka ni sape ek ??
























Maha Suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu, aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Engkau aku mohon ampun dan bertaubat kepadaMu...

Assalamualaikum...



Khamis, 17 Januari 2013

Mainan Mimpi

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum,berdasarkan tajuk di atas tu . Ana nak kongsi sedikit tentang satu mimpi yamg agak menarik kisahnya .

Kisahnya bermula ketika Asyraf yang pada masa itu muda dewasa . Asyraf telah mengahwini Nasuha sebagai isterinya yang sah . Masa itu sungguh indah sekali dan dipenuhi dengan kisah romantik antara suami dan isterinya . Asyraf selalu mengusik Nasuha dan bergurau senda dengan nya sehinggakan Asyraf selalu tersenyum sendirian apabila melihat keletah isterinya .

Nasuha seorang yang berperwatakan yang menarik dan keanak-anakan kerana Nasuha lebih muda daripada Asyraf . Disebabkan itulah Asyraf menyintainya kerana Nasuha seorang yang sangat ceria dan periang .

Namun,panas yang disangkakan hingga ke petang akhirnya hujan di tengah hari . Suatu hari,di tempat kerja Asyraf . Muncul seorang ahli baru didalam kumpulannya . Orang itu bukanlah sesiapa didalam hati Asyraf tetapi seseorang yang pernah menyentuh hatinya suatu ketika dahulu iaitu Lia . Hati Asyraf bagaikan dihiris sembilu apabila terkenangkan kenangannya bersama Lia suatu ketika dahulu .

Satu hari,Asyraf dan Lia keluar makan bersama-sama atas jemputan majikannya disebuah kafe ditempat kerjanya . Mereka bercerita tentang diri mereka masing-masing setelah sekian lama tidak berjumpa . Rupanya Lia menaruh harapan terhadap Asyraf dan Asyraf merasa ralat terhadap situasi itu .

Tiba-tiba Nasuha muncul tanpa diduga . Riak wajahnya penuh dengan kekecewaan dan kesedihan yang teramat sangat . Asyraf terkedu dan tidak bergerak sedikitpun dalam situasi itu . Asyraf tidak tahu apa yang patut dia lakukan . Tiba-tiba muncul seorang lelaki dan berkata kepada Asyraf " Jika kamu tidak sayangkan Nasuha,kamu ceraikanlah dia dan kahwinilah wanita itu " . Asyraf tersentak dan akhirnya air mata lelakinya tumpah jua . Lia yang berada disitu,tahulah dia yang dirinya sudah tiada lagi didalam hati Asyraf . Dia akur dan menasihati Asyraf supaya mendapatkan semula isterinya .

Kisahnya berakhir disini kerana ia hanyalah mainan mimpi sahaja . Si pemimpi pun terjaga dari tidur .

Kesimpulan daripada kisah ini . Setialah kepada orang yang kita cintai . Jangan biarkan orang yang kita cintai merasa sedih kerana kita .

Maha Suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu, aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Engkau aku mohon ampun dan bertaubat kepadaMu...

Assalamualaikum...