Burn Spirit

"IMAM SYAFIE BERKATA: AKU MAMPU BERHUJAH DENGAN 10 ORANG YANG BERILMU, TETAPI AKU AKAN KALAH DAN TEWAS KEPADA SEORANG YANG JAHIL KERANA MEREKA TIDAK MENGETAHUI AKAN LANDASAN-LANDASAN ILMU"

Ahad, 23 Disember 2012

Keluar Ya'juj dan Ma'juj

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum,hari ini ana rasa nak kongsi tentang keluarnya Ya'juj dan
Ma'juj . Pasti ramai yang sudah sedia maklum dengan kisah Ya'juj dan Ma'juj ini . Jadi mari kita mulakan perkongsian ilmu kita selepas kata-kata aluan ini . XD

Daripada Zainab binti Jahsy , katanya : Jaga Rasulullah S.A.W daripada tidur , merah mukanya dan ia mengucap : " Tiada Tuhan melainkan Allah , diulanginya tiga kali , celaka bagi Arab daripada bala , sungguhnya hampir ia , sudah terbuka pada hari ini daripada empangan ya'juj dan Ma'juj seumpama ini , dan disimpulkan sepuluh . " Kata Zainab , kataku : " Ya Rasulullah , adakah kami binasa dan didalam kami orang-orang soleh ? " Sabdanya : " Bahkan , apabila banyak maksiat . " (Hasan Shahih)

Tahukah saudara ku ! Adalah Ya'juj dan Ma'juj itu dua kaum daripada jenis-jenis manusia juga tetapi amat celakanya dan jahatnya mereka itu diatas muka bumi . Pada masa sekarang mereka itu tersembunyi daripada pengetahuan manusia akan kewujudannya . Al-quran telah mengisyaratkan dalam surah Al-kahfi akan kisah ya'juj dan ma'juj yang bersangkutan dengan kisah raja agung iaitu Raja Zulkarnain .

Maka berkata ulama : Adalah Zulkarnain itu seorang daripada wali Allah yang telah menjadi raja besar sama seperti Nabi Allah Sulaiman yang menjadi nabi dan raja besar di dunia ini . Dan telah dijajahinya dunia ini dari Masyriq dan Maghrib . Maka tatkala sampainya segala tenteranya di antara bukit sebelah kutub utara di sana , lalu didapatinya satu kaum yang tinggal duduk di bawah antara dua buah gunung disitu , bahasanya tiada siapa yang tahu dan mengerti melainkan raja Zulkarnain seorang sahaja yang tahu melalui ilham daripada Allah S.W.T .  Maka telah mengkhabarkan berita kepada Raja Zulkarnain : " Ya Zulkarnain , adalah di belakang gunung itu satu kaum namanya kaum ya'juj dan satu kaum lagi namanya kaum ma'juj . Apabila mereka itu keluar amatlah azabnya hidup kami kerana jahatnya mereka itu . Sekiranya boleh engkau halang perbuatan mereka itu akan kami berikan upah akan dikau dengan harta , iaitu buatkan kami sekatan dan hadangan yang kuat pada jalan antara dua bukit tempat mereka itu boleh sampai ke tempat kami ini . Sekiranya engkau dapat tunaikan hasrat kami , maka terpeliharalah kami daripadanya kerana tiada mereka itu dapat keluar kepada kami , kerana tiada jalan lain dicelah bukit ini , kerana negerinya dikelilingi oleh gunung-gunung yang amat tinggi,tiadalah terdongak dan ternaik oleh mereka itu dengan apa jalan dan helah."

 Apakala didengar oleh Raja Zulkarnain masuk didalam kaum Ya'juj dan Ma'juj itu , tiba-tiba didapatinya bermacam-macam rupa mereka itu , setengahnya besar gadang , dan setengahnya telinganya boleh dibuatkan hamparan dan selimut , dan sangat banyak mereka itu , tiada terkirakan bagai semut yang melata di atas muka bumi . Maka keluar Raja Zulkarnain daripada kaum Ya'juj dan Ma'juj itu iapun mulalah tampil membuat dan membangunkan sekatan itu di tempat antara dua bukit jalan Ya'juj dan Ma'juj itu keluar . Maka digalinya asasnya , di dalamkannya sampai ke air , kemudian diperbuatnya tembok daripada batu-batu besar bermetri dengan tembaga yang dileburkan , dan dari kaki sekatan itu sampai ke atasnya diperbuatnya daripada besi seolah-olahnya sekatan dan hadangan itu sebagai pagar  atau dinding besi sebatang .

Kemudian daripada itu berkehendaklah Ya'juj dan Ma'juj keluar dari negerinya menurut jalan itu tiba-tiba sudahlah didapati mereka itu tersekat , maka mereka itupun berusahalah menggalinya sudahlah tiada terkuasakan oleh mereka itu , tetapi tiada berhenti mereka itu daripada menggalinya tiap-tiap hari , dan telah tembus sedikit .

Tamat sudah nukilan ana . Selamat menelaah ilmu dan fahamilah setiap bait-baitnya .

Maha Suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu, aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Engkau aku mohon ampun dan bertaubat kepadaMu...

Assalamualaikum...