Burn Spirit

"IMAM SYAFIE BERKATA: AKU MAMPU BERHUJAH DENGAN 10 ORANG YANG BERILMU, TETAPI AKU AKAN KALAH DAN TEWAS KEPADA SEORANG YANG JAHIL KERANA MEREKA TIDAK MENGETAHUI AKAN LANDASAN-LANDASAN ILMU"

Khamis, 7 Julai 2011

Kenapa Surah Al-Muddasir

surah al-Mudadatsir :
1-Merupakan surah yang ke 74
2-Mempunyai 56 ayat
3-Merupkan ayat Madaniyyah
Seorang daie/pendakwah/murobbi/pelajar/umat islam WAJIB merasakan surah ini di berikan bukan kepada Nabi Muhammad(khususnya) sahaja,akan tetapi ini merupakan seruan kepada semua umat islam demi menyebarkan da’wah islam.Anggaplah bahawa surah al-Mudattsir itu merupakan seruan wajib bagi kita.
Sebab Nuzul(Sebab turunnya surah al-Muddatsir)
Para ahli tafsir berkata : Rasulullah S.A.W sedang beribadah didalam Gua Hira’,tiba-tiba Jibril mendatanginya dengan ayat al-Quran yang mulia iaitu (ayat pertama dalam surah al-’alak(iqro’)) yang bermaksud “bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan…..” (merupakan ayat al-Quran pertama diturunkan)
Kemudian Rasullullah S.A.W terus pulang dalam keadaan hatinya gementar ketakutan dan baginda menyuruh kepada Siti Khadijah(isteri Nabi Muhammad S.A.W) menyelimutkan diri baginda dan kemudiannya turunlah surah surah al-Muzzammil yang membawa maksud “Wahai orang yang berselimut!Bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam,kecuali sedikit masa…”dan kemudiannya wahyu terputus menyebabkan Rasulullah bersedih.
Pada suatu hari ketika sedang berjalan Baginda mendengar satu suara dari langit,dan kemudiannya baginda mendongak.Rupa-rupanya malaikat yang mendatanginya di Gua Hira’ sebelum itu sedang duduk di atas kerusi diantara langit dan bumi.Baginda amat terkejut dan takut melihatkan malaikat tersebut.Maka Rasulullah S.A.W terus mendapatkan isterinya saraya menyuruh menyelimutkan baginda.Maka ALLAH menurunkan surah al-Muddatsir yang membawa maksud “Wahai orang yang berselimut!Bangun serta berilah peringatan dan amaran”
Sungguh amat dalam sekali sebab penurunan surah ini,dan ulama’ berselisih pendapat mengatakan bahawa surah al-muddtasir merupakan surah yang pertama di turunkan dan yang rojihnya adalah surah al-’alak yang pertama memandangkan surah al-muddatsir merupakan surah yang terputus setelah beberapa ketika tidak menerima wahyu atau fatrah al-wahyu.
apa yang nak saya kupas yang paling penting,apa KEPENTINGANNYA pada kita semua??!!
ayat pertama(sila lihat surah al-muddatsir ayat pertama dan kedua) yang membawa maksud
    “wahai orang yang berselimut!Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran(kepada umat islam)”
kita sebagai daie/pelajar/murabbi/umat islam WAJIB memikul tugas dalam memberi peringatan kepada siapa sahaja,dan meyelamatkan umat manusia dari lembah maksiat.Walau pun surah ini diturunkan kepada Nabi Muhammad tetapi bukannya di khususkan ibrahnya(pengajarannya) kepada Nabi Muhammad S.A.W sahaja,tetapi kepada kita yang masih bergelar umat islam atau Hamba ALLAH.Ini yang kita patut buat.
Kemudiannya ALLAH mengarah baginda agar memberi peringatan pada diri Baginda sendiri.
(sila lihat ayat ke tiga surah al-Muddatsir)yang mambawa maksud;
    “Dan tuhanmu,maka ucap dan ingatlah kebesaran-Nya!”
kita sebagai daie/pelajar/murabbi/umat islam WAJIB kembali kepada yang Maha Pencipta walau apa sahaja kerja yang kita lakukan.Sesungguhnya segala manusia,segala sesuatu,segala nilai,segala hakikat…..sebenarnya KECIL sahaja berbanding kuasa ALLAH.Maksudnya walau apa jua penat lelah dalam berda’wah,kesukaran, dan bebanan dalam memberi amaran kepad umat manusia kita mesti meletakkan kebesaran ALLAH mengatasi apa jua yang kita lakukan jadi dugaan-dugaan yang kecil seperti fitnah,tipu daya dan apa sahaja ketika kita berda’wah hendaklah kita merasa KECIL sahaja sebab hanya ALLAH sahaja yang Maha Besar,tiada apa yang lebih besar berbanding ALLAH..
(sila lihat surah ke empat) yang membawa maksud
    “Dan pakaianmu,maka hendaklah engkau bersihkan”
kita sebagai daie/pelajar/murabbi/umat islam WAJIB bersihkan HATI kita.Pakaian di sini bermaksud akhlak kita,hati kita,amalan kita,bukan bermaksud baju semata-mata dan ini merupakan kinayah(bahasa kiasan yang ALLAH S.W.T gunakan)Sebagai seorang umat islam kita hendaklah senantiasa membersihkan hati kita dalam perkara-perkara yang baik.Mana mungkin kita menyeru kepada kebaikan sedang kita sendiri masih melakukan kesilapan yang besar.Ini sangat menyalah dan sangat songsang dalam hukum ALLAH (rujuk surah al-Baqarah ayat 44).Jadi,sebagai seorang daie…jelas…kena bersihkan hati sebelum membersihkan hati orang lain.
(sila lihat ayat ke lima) yang membawa maksud
    “Dan segala kejahatan,maka hendaklah engkau jauhi”
kita sebagai daie/pelajar/murabbi/umat islam WAJIB menjauhi apa sahaja bentuk perkara-perkara yang buruk seperti syirik kepada ALLAH dan amalan jahiliyyah yang lain dan sebagai seorang umat islam WAJIB bagi kita sentiasa berada dalam keadaan tidak melanggar hukum ALLAH S.W.T
5 ayat dalam surah al-Muddatsir sudah cukup memberi impak(kesan) yang paling dalam sebagai seorang daie/pelajar/murabbi/umat islam.Jelas kepada kita bukan sengaja ALLAH S.W.T menurunkan surah ini hanya untuk peringatan kepada Nabi Muhammad S.A.W sahaja,malah ianya patut bagi kita mengambil iktibar dalam setiap inci yang di firmankan ALLAH.Dan setiap yang di keluarkan itu membuatkan satu rumusan yang saya sendiri rasa ianya bernas iaitu berkaitan “AMAL” kita,bila kita jaga AMAL kita insyALLAH akhlak,minda,dan lain-lainya akan bertambah bagus dan sentiasa meniti setiap firman ALLAH S.W.T dalam surah ini.Jadi solusinya adalah berkaitan dengan
“AMAL”
Bila AMAL mantap,insyALLAH,ALLAH akan jaga kita semua dari melakukan keburukan di dunia.InsyALLAH semoga kita sama-sama mendapat rahmat dan hidayah dari ALLAH S.W.T
Tiada daya upaya melainkan pertolongan kekuatan dari ALLAH S.W.T sahaja.Wallau’alam.

Isnin, 4 Julai 2011

Tidur Tengah Hari

tidur%20sekejap Tidur Di Waktu Tengah Hari
Pernahkah anda merasa sangat letih dan mengantuk terutama pada waktu tengah hari? lebih mengantuk selepas makan tengah hari pada hari kerja. Mesti pernah kan.
Tahukah anda, tidur di waktu tengah hari didapati amat berkesan untuk meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti seseorang pekerja?
Kajian yang dijalankan terutamanya di Amerika Syarikat, mendapati bahawa 92.5 peratus pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti serta keupayaan mereka menyelesaikan masalah adalah jauh lebih tinggi. Ianya disebabkan, waktu tengah hari adalah masa yang paling sesuai untuk berehat seketika kerana sistem badan kita dikatakan memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu berkenaan yang juga dikenali sebagai kelesuan pada pertengahan hari.
Daripada segi fizikal, tidur di waktu tengah hari secara berkala dapat membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah. Ia dapat membantu melancarkan pengaliran darah serta oksigen selain berupaya memperbaiki sel badan dan mengendurkan otot yang digunakan secara aktif ketika bekerja. Minda pekerja yang berpeluang berehat dengan tidur seketika akan menjadi lebih tenang daripada tekanan serta dikatakan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif dan berkesan.

Kajian penyelidik Nasa menunjukkan, tidur siang selama 24 minit mampu memperbaiki kepekaan dan prestasi juruterbang dan tidak hairan jika tidur seketika di waktu tengah hari itu sudah menjadi amalan di negara maju seperti AS, Itali serta Sepanyol.
Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Khaidzir Ismail, berkata merehatkan diri dengan melelapkan mata seketika di siang hari mampu meningkatkan lagi produktiviti kerja seseorang individu. Menurutnya, waktu tengah hari adalah masa paling sesuai untuk tidur seketika dan sistem pekerjaan yang diamalkan di negara ini memperuntukkan waktu rehat pada waktu tengah hari bagi dimanfaatkan sebaiknya untuk tidur sejenak serta berehat.
Penyelidik tentang tidur dari Universiti Pennsylvania, Dr David Dinges, berpendapat bahawa tidur di waktu tengah hari sekejap sebenarnya boleh ‘membayar balik’ hutang tidur pada waktu malam. Tetapi tidur tidak boleh terlalu lama kerana jika melebihi 30 minit, seseorang itu sukar untuk bangun kerana terlalu nyenyak.
tidur%20siang Tidur Di Waktu Tengah Hari
Profesor psikologi, Universiti Cornell, AS, Dr James Maas, berpendapat bahawa tidur pada waktu tengah hari sekitar 15 hingga 20 minit sebenarnya sudah mencukupi untuk menjaga kesihatan dan mengembalikan tenaga. Menurut Dr James, waktu tidur yang mencukupi untuk golongan dewasa adalah sekitar lapan hingga sembilan jam manakala remaja, sembilan hingga 10 jam, kanak-kanak (12 hingga 13 jam) dan bayi, 17 jam sehari.
Tidur seketika di waktu siang hari mampu meningkatkan semula tenaga. Ia umpama menjana semula bateri yang semakin berkurangan dan mengharmonikan kembali minda yang berserabut. Kesimpulannya, jika berpeluang mendapat rehat di waktu tengah hari, ambil masa sekitar 10 hingga 20 minit untuk tidur bagi merehatkan seketika badan dan fikiran. Ia boleh dilakukan sama ada di meja kerja, di dalam kereta mahupun di bilik rehat bagi syarikat yang menyediakan kemudahan berkenaan.
Selepas ini, anda bolehlah menukar aktiviti tengah hari anda ketika di pejabat. Selalunya kita akan menghabiskan masa tengah hari dengan menjamu selera di kedai untuk makan tengah hari. Lebih baik waktu yang ada itu kita gunakan untuk tidur. Badan sihat, otak pun cerdas