Burn Spirit

"IMAM SYAFIE BERKATA: AKU MAMPU BERHUJAH DENGAN 10 ORANG YANG BERILMU, TETAPI AKU AKAN KALAH DAN TEWAS KEPADA SEORANG YANG JAHIL KERANA MEREKA TIDAK MENGETAHUI AKAN LANDASAN-LANDASAN ILMU"

Jumaat, 30 Mac 2012

Kerana Mata,Wanita itu ke syurga dan lelaki itu menjadi ahli sufi

HASAN AL-BASRI di waktu mudanya, kelihatan bagus dan tampan, lebih-lebih apabila memakai pakaian yang mahal. Beliau sering berjalan-jalan sekeliling kampung di kota Basrah kerana sangat senang akan keindahan dan ramainya penduduk yang tinggal di kota itu.

Pada suatu hari, ketika Hasan berjalan, secara tiba-tiba beliau melihat seorang wanita cantik. Lalu Hasan berjalan mengikutinya. Wanita itu menoleh, sambil berkata kepadanya: "Apakah engkau tidak malu?" Jawab Hasan: "Malu pada siapa?" Wanita itu berkata: "Malu kepada Zat Yang Maha Mengetahui, mata yang khianat dan apa-apa yang terlintas di dalam hati."

Tertanam rasa cinta di dalam hati Hasan terhadap wanita itu sehingga tidak sabar dan tidak boleh menguasai nafsunya. Akhirnya ia terus mengikuti di belakang wanita itu. Wanita itu berkata lagi kepadanya: "Mengapa engkau mengikuti aku?" Jawab Hasan: "Sungguh, aku terpesona dengan pandangan matamu itu." Wanita itu berkata: "Tunggulah di sini, nanti akan aku kirim apa yang engkau kehendaki." Hasan beranggapan wanita itu menaruh cinta kepadanya, sebagaimana dia jatuh cinta kepada wanita itu. Beliau pun menunggu di tempat itu.

Tidak beberapa lama kemudian, datanglah seorang pelayan wanita itu kepadanya membawa bekas bertutup sehelai sapu tangan. Ketika Hasan membuka tutup bekas itu, ternyata dua mata wanita itu ada di dalamnya. Melihat hal sedemikian, maka pelayan tersebut berkata: "Sungguh tuan puteri berkata: "Aku tidak ingin mata yang memuatkan fitnah dan mempesonakan orang." Sebaik Hasan mendengar kenyataan ucapan daripada pelayan wanita itu, dia gementar dan berdiri bulu romanya, lalu memegang janggutnya dan berkata kepada dirinya: "Celaka engkau, sebab sudah berjanggut mengapa tidak malu terhadap wanita cantik itu." Dia pun menyesal dan bertaubat pada saat itu sebelum pulang ke rumahnya dan menangis semalaman.

Keesokan paginya, Hasan ke rumah wanita itu untuk meminta maaf atas segala kesalahannya. Sebaik tiba di rumah wanita berkenaan, rumahnya tertutup dan mendengar suara tangisan wanita dari dalam rumah itu. Akhirnya, beliau pun bertanya apa yang berlaku. Dikatakan bahawa pemilik rumah itu telah meninggal dunia. Hasan kembali ke rumahnya dan menangis selama tiga hari. Pada malam ketiga, dia bermimpi melihat wanita cantik itu sedang berada di dalam syurga. Hasan berkata kepada wanita itu dalam mimpiya: "Hai wanita yang cantik, maafkan olehmu semua kesalahanku." Jawab wanita itu: "Sungguh, semua sudah kumaafkan kerana aku memperoleh kebaikan daripada Allah sebab engkau."

Hasan berkata: "Berikanlah kepadaku akan nasihatmu." "Kalau engkau sendirian, berzikirlah atau ingatlah kepada Allah. Dan pada setiap pagi mahupun petang, beristighfar memohon ampun kepada Allah serta bertaubat kepadaNya," kata wanita berkenaan. Mendengar nasihat daripada wanita itu, Hasan menerima dan melaksanakan nasihat tersebut sehingga dia menjadi seorang Sufi yang masyhur di kalangan masyarakat dengan sifat zuhud dan taatnya kepada Allah SWT. Akhirnya, dia pun memperoleh darjat yang tinggi dan mulia serta menjadi seorang wali dan kekasih Allah SWT.

Khamis, 5 Januari 2012

Khamis paling aneh

Bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum...
Sebenarnya hari ini kedudukan kelas 5 Gamma dan 5 Beta
telah dirombak...Saya pun tak tahu nak cakap apa...
Saya pun dah jangka dimana tempat saya nanti...
saya tak tahu nak sedih atau gembira...
tapi saya rasa patut gembira la...
saya dah lama bersabar selama setahun...
hidup sendiri dan keseorangan...
Tahun ini Allah kurniakan semula rakan2 lama
yang selama ini berpisah setahun...
Saya sebenarnya terharu sebab kesabaran saya
selama ini berbaloi...Sekarang saya sedar
apa yang saya inginkan tak selalu dapat..
Tapi setiap kesedihan akan ditutupi dengan kecukupan...
Ia akan datang dengan cara yang tak terduga...
Tapi apabila kita dapat walaupun bukan seperti
yang kita inginkan kita rasa ia sudah mencukupi
untuk mengubati lara dihati...
Kepada rakan-rakan yang sedih...
Janganlah bimbang...Sahabat kita tak mampu bersama
kita sentiasa tetapi Allah sentiasa bersama
dengan kita...
Innallahamaassobirin...Sesungguhnya Allah
bersama dengan orang-orang sabar...
Janji Allah tidak pernah menipu dan Allah jua lah
kita bergantung...Semoga peningkatan dalam
keputusan ujian peperiksaan akan meningkat
setelah mendapat semula rakan-rakan...
Saya nak cipta moto saya sendiri...
Bukan senang untuk menjadi senang...
Bukan susah untuk menjadi susah...

Selepas ini saya nak tulis surat kepada rakan
pena saya...Saya ingin meluahkan segala-galanya
tentang hari ini...heee...
sorry la kawan pena..saya ambil trademark awak...
heee tu kata-kata awak...
bercakap tentang kawan pena...
beliau adalah seorang yang baik...
dan beliau seorang yang ceria dan sentiasa tersenyum
walaupun baru dua kali bertemu...
tetapi dengan senyumnya la saya berkawan dengan nya...
agaknya kalau beliau tak senyum/tegur saya
mungkin kami bukan kawan...
Wahaaaaiiii rrraaaakkkaaannn pppeeeennnnaaaa...
nanti saya tulis surat kepada awak...

Sebenarnya ada lagi satu yang aneh pada Khamis ini...
Mulai saat ini saya malas nak gunakan Facebook
dan Blogger...Hari ini mungkin hari
terakhir kita bertemu...
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan...
Setiap perpisahan pasti ada pertemuan...

Maha Suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu, aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Engkau aku mohon ampun dan bertaubat kepadaMu...

assalamualaikum...