Bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum...
Sebenarnya itu tajuk untuk nasyid yang bertajuk
Isteri Cerdik Yang Solehah...
Bila mendengar mendayu rasa di hati...
Tapi takkan mendayu sahaja kot...
Kalau nak tahu memiliki isteri solehah adalah
salah satu impian abang Azery...
Bila abang terbaca kata-kata Al-Khawarizmi
di FB,abang rasa lain...
~Al Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik. Dia menjawab :
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali "0".
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
Pada pendapat abang,kata-kata Al-Khawarizmi ada
benarnya...Walaupun Al-Khawarizmi genius dalam
matematik tetapi Al-Khawarizmi tidak melupakan agama...
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
Nabi Muhammad S.A.W juga menasihati kita agar berkahwin wanita yang beragama walaupun wanita itu tiada hidung...
Andai wanita itu cantik sekalipun tetapi akan menjadi kosong jua jika tiada agama
bak kata Al-khawarizmi...
Nampaknya cuti 4 hari 3 malam tanpa FB dan Blogger
Amin
Tapi kalau dapat pakej 4 dalam 1 pun bagus juga..hehe..
Maha Suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu, aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Engkau aku mohon ampun dan bertaubat kepadaMu...
assalamualaikum...
Burn Spirit
"IMAM SYAFIE BERKATA: AKU MAMPU BERHUJAH DENGAN 10 ORANG YANG BERILMU, TETAPI AKU AKAN KALAH DAN TEWAS KEPADA SEORANG YANG JAHIL KERANA MEREKA TIDAK MENGETAHUI AKAN LANDASAN-LANDASAN ILMU"
Sabtu, 17 Disember 2011
Khamis, 15 Disember 2011
Gunakanlah Bahasa Yang Betul
Bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum...
sebenarnya abang Azery nak kritik sedikit tentang
masalah sosial anak muda zaman sekarang ini...
sebetulnya bukan masalah sosial sangat pun tapi
boleh diklasifikasikan jika mahu...
apabila abang Azery melayari laman sesawang
banyak tulisan-tulisan atau nukilan-nukilan rakan-rakan
yang seangkatan menggunakan bahasa singkat dan manja...
sopan santun katakan...hehe...contohnya:
jika mahu menulis 'marilah kita keluar berjalan-jalan'
akan menjadi 'jom kuar'...'jom kuar' itu jika ditafsirkan
di dalam bahasa ia bermaksud mari kuar...ada atau tidak
kawan-kawan saudara nama kuar...hehe...kelakar bukan...
sebenarnya abang Azery kamu ini tidak kisah sangat
jika memendekkan perkataan tapi sudahlah pendek
susunan ayat pun salah...contohnya ayat ini...
abang Azery ambil dari faceboook...
'pehal la ari nie ng aq..wt status m'repek2...huhuhuhu...>.<'
sebetulnya tulislah ini...
'mengapa dengan diriku hari ini...mengeluarkan status yang merepek'
mudah bukan...cuba kalian lihat semula bagaimana kalian berinteraksi
dengan kawan-kawan kalian...
maafkanlah abang Azery kerana mengkritik kalian...kalau
kalian terasa,itu tandanya kalian mengambil
perhatian apa yang abang Azery katakan...
terima kasih ya...abang nak jumpa kekasih abang...
sehingga berjumpa lagi dilain waktu
Maha Suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu, aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Engkau aku mohon ampun dan bertaubat kepadaMu...
assalamualaikum...
Langgan:
Catatan (Atom)